PESAN MUNSYI DEWAN
Perkataan Bombastik
Akhir-akhir ini, banyak pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk menggunakan perkataan yang bombastik dalam penulisan karangan. Tahukah anda maksud perkataan bombastik?
Perkataan bombastik bermaksud banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas.
Dalam hal ini, Arena Wati, Sasterawan Negara, sering menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami dalam karyanya. Pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak bersifat bombastik.Dalam penulisan karangan pada peringkat PMR dan SPM, calon digalakkan supaya menulis karangan yang mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
Penggunaan bahasa yang sukar difahami atau bersifat bombastik akan menyusahkan pembaca atau pemeriksa. Oleh hal yang demikian, pelajar dinasihati supaya tidak bersusah payah untuk mencari atau menghafal perkataan atau frasa yang bombastik untuk dimasukkan dalam karangan. Perkara yang penting ialah pelajar dapat menulis karangan dengan memasukkan perkataan atau frasa yang biasa digunakan tetapi mempamerkan keindahan.
Ayat seperti ”Malam mula merangkak tiba” merupakan satu contoh ayat atau ungkapan yang menarik. Semua perkataan dalam ayat tersebut difahami oleh kebanyakan pengguna bahasa. Dari segi gaya bahasa, ayat tersebut menggunakan gaya bahasa personifikasi. Dari segi jenis karangan pula, ayat tersebut sesuai digunakan untuk karangan jenis cerita.
Cuba baca ayat yang di bawah ini pula:"Dalam hal ini, beliau memfasiqkan bahawa keputusan itu terpaksa dibuat oleh kerajaan walakin mendapat tentangan daripada pihak pembangkang."
Persoalannya ialah mengapakah calon perlu menggunakan perkataan memfasiqkan dan walakin? Perkataan memfasiqkan dan walakin jarang-jarang digunakan oleh pengguna bahasa. Perkataan mengatakan atau menyatakan lebih tepat dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang sepatutnya digunakan untuk maksud walakin pula ialah meskipun, walaupun atau sungguhpun.
Kesimpulannya, calon tidak perlu bersusah payah untuk mencari perkataan yang pelik-pelik atau jarang-jarang digunakan oleh masyarakat untuk dimasukkan dalam penulisan karangan. Karangan yang baik bukanlah dinilai dari segi penggunaan kata yang bombastik, tetapi penilaian dibuat secara keseluruhan termasuk penggunaan kata, frasa, pengolahan ayat, penggunaan ungkapan yang menarik, dan sebagainya.
Sumber : agy7500.blogspot.com

4 ulasan:
terima kasih kerana menyampaikan suatu ilmu yang berguna pada saya yang bakal menduduki spm.
saya bekas pelajar MRSM..seingat saya,cikgu disana sangat menggalakkan kami semua menggunakan perkataan bombastik dalam setiap karangan kami..hurm,lain cikgu lain pendekatan ke?
salam,,,sya pun setuju dgn sendr,,,sya pelajar tunaz,,,cikgu sya juga sgt menggalakkan kami untuk menggunakan perkataan bombastik,,,
maafkan saya . saya dari sekolah harian biasa . cikgu saya sangat menggalakkan kami menggunakan perkataan bombastik .
Catat Ulasan